Tabung food bank bantu pelajar miskin

Abd Aziz Selaiman (barisan kedua, tengah) bergambar kenangan dengan pegawai pengurusan tertinggi jabatan JPN dan penerima sumbangan di Dewan Al Farabi baru baru ini.
Abd Aziz Selaiman (barisan kedua, tengah) bergambar kenangan dengan pegawai pengurusan tertinggi jabatan JPN dan penerima sumbangan di Dewan Al Farabi baru baru ini.
A
A
A

KULIM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan mewujudkan tabung makanan food bank di beberapa sekolah terpilih di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abd Aziz Selaiman berkata, tabung makanan itu bagi membantu anak-anak miskin sarapan dan makan pada waktu rehat.

"JPN juga mahu memastikan mereka tidak berada dalam kelaparan sepanjang hari ketika mengikuti pembelajaran di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan kepada 26 orang pekerja syarikat perkhidmatan kebersihan dan kawalan keselamatan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah di Dewan Al Farabi, JPN Kedah baru baru ini.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa masjid di negeri ini yang membantu JPN dalam menguruskan kelas tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma kepada anak anak kariah.

"Diharap pihak masjid dapat memanfaatkan sumbangan tabung masjid bagi membantu anak-anak kariah yang miskin tegar dan memerlukan sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Mengulas mengenai sumbangan itu, katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam yang bertungkus-lumus mencari dana dan mengendalikan program sumbangan itu.

“Ini merupakan satu tugas mulia yang patut diamalkan oleh umat Islam dalam membantu mereka memerlukan. Saya berharap sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada semua penerima," katanya.

Artikel Berkaitan: