Keselamatan pemandu terabai

Laporan polis dibuat oleh PPAM dan Komuniti Pemandu E-Hailing Penggerak Malaysia (KPePM) di IPD Dang Wang semalam.
Laporan polis dibuat oleh PPAM dan Komuniti Pemandu E-Hailing Penggerak Malaysia (KPePM) di IPD Dang Wang semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing digesa mengetatkan syarat pendaftaran penumpang dan menambah baik fungsi butang kecemasan dalam aplikasi agar keselamatan pemandu aplikasi e-hailing di negara ini lebih terjamin.

Setiausaha Persatuan Pemandu Aplikasi Malaysia (PPAM), Mohamad Nor Hamzah berkata, kes rompakan dan pembunuban seorang pemandu Grab di Sabah baru-baru sepatutnya lebih membuka mata pihak berkaitan berhubung kelemahan sistem sedia ada.

Menurutnya, tindakan penambahbaikan itu perlu dilakukan dengan kadar segera kerana pemandu-pemandu aplikasi e-hailing kini berdepan risiko keselamatan yang tinggi disebabkan perkara itu.

“Kami dapati pihak e-hailing hanya membiarkan sahaja apa nama yang mahu digunakan oleh pelanggan sehingga kami terjumpa nama-nama yang tidak masuk akal. “Cadangan kami supaya pihak syarikat e-hailing harus mensyaratkan pelanggan-pelanggan menggunakan nama sebenar dan memaparkan gambar wajah seperti yang disyaratkan kepada pemandu dan juga nombor telefon yang masih aktif.

“Isu kedua pula, fungsi butang kecemasan yang disediakan dalam aplikasi langsung tidak membantu ketika kecemasan seperti dirompak, dicabul dan sebagainya kerana pemandu tidak dihubungkan secara terus kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

Menurutnya, fungsi butang keselamatan haruslah sentiasa dipantau oleh pihak e-hailing dimana sekiranya pemandu dalam keadaan kecemasan, pemandu akan terus menekan butang tersebut untuk pihak e-hailing segera membuat panggilan kepada pemandu. Sementara itu, Grab Malaysia dalam kenyataan semalam memberi jaminan akan mengutamakan keselamatan pemandu dan penumpangnya dengan terus membangunkan penyelesaikan teknologi, kesedaran komuniti dan program pendidikan.

Grab dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai peralatan seperti butang kecemasan dan ciri ‘berkongsi perjalanan saya’ yang baru dilancarkan memudahkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat perjalanan dan lokasi GPS secara langsung. Selain itu juga terdapat ciri pengesahan swafoto penumpang atau sistem pengecaman wajah penumpang.

Artikel Berkaitan: