30 Julai hari kelepasan am Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menetapkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena hari keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan tarikh tersebut bermula tahun ini berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1).

Menurutnya, pekeliling mengenainya sedang diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Dengan ketetapan baharu ini saya berharap semua pihak akan mengambil maklum serta akur terhadapnya.,” katanya melalui satu keyataan berhubung perkara itu hari ini.

Artikel Berkaitan: