Isu teksi: Lapan tuntutan disuarakan kepada menteri

Perhimpunan Aman Reformasi Teksi yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Perhimpunan Aman Reformasi Teksi yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) menyenaraikan lapan tuntutan kepada Kementerian Pengangkutan agar peraturan e-hailing dikaji semula bagi memuaskan hati semua pihak.

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya telah meneliti peraturan e-hailing yang telah diumum pada 11 Julai lalu, mendapati peraturan itu adalah berat sebelah dan tiada kesamarataan pada pemandu teksi.

Menurutnya, pihaknya dari pelbagai gabungan meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk membuka pintu bagi mengadakan rundingan dengan pemandu teksi.

"Kami akan ke pejabat menteri bagi menyerahkan memorandum dalam masa terdekat.

"Ada lapan pertikaian dan tuntutan agar peraturan e-hailing yang diumum dikaji semula agar peraturan itu benar-benar adil dan dapat dilaksanakan agar tidak timbul ketidakpuasan hati mana-mana pihak," katanya kepada pemberita dalam Perhimpunan Aman Reformasi Teksi, di Padang Merbok, di sini hari ini.

Seawal jam 9 pagi, sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Padang Merbok dengan mengenakan baju bewarna kuning bagi menyuarakan isu kebajikan untuk mereka.

Beliau berkata, di dalam memorandum ini, pihaknya menyatakan tidak bersetuju di mana proses mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dipermudahkan dan diserahkan kepada syarikat aplikasi atau lain-lain agensi selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, selain itu, pihaknya juga tidak bersetuju ketetapan pemeriksaan kenderaan berkomputer bagi kenderaan e-hailing hanya diwajibkan bagi kenderaan berusia tiga tahun ke atas yang dilihat seperti mempunyai unsur kepentingan tertentu selain memperjudikan keselamatan penumpang.

"Ketiga, berkenaan lesen e-hailing, ia tidak boleh diserahkan kepada pihak syarikat e-hailing, sebaliknya hanya boleh diserahkan kepada pemandu yang mempunyai kelayakan sahaja. Keempat, kami menuntut setiap kenderaan persendirian yang diguna sebagai kenderaan e-hailing bagi mengenakan 'body marking' secara kekal.
Artikel Berkaitan:


"Kelima, kami menggesa agar kadar tambang diselaras dan dikawal oleh kementerian. Keenam, kami juga menuntut kadar komisyen di antara perkhidmatan kami dan aktiviti kereta sapu e-hailing diselaras kepada 10 peratus," katanya.

Tambahnya, tuntutan ketujuh adalah berkaitan kawasan beroperasi dan terakhir membabitkan penguatkuasaan yang menuntut setiap aduan daripada penumpang perlukan proses siasatan.