Sultan Sharafuddin rasmi Masjid Taman Seri Muda

Salah seorang asnaf menerima sumbangan Aidilfitri daripada Sultan Sharafuddin.
Salah seorang asnaf menerima sumbangan Aidilfitri daripada Sultan Sharafuddin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini dan berbuka puasa bersama penduduk hari ini.

Ketibaan baginda pada kira-kira 6 petang diiringi bacaan selawat disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Amirudin Shari serta pemimpin setempat.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM198,000 kepada 98 asnaf fakir, 184 orang miskin serta 114 asnaf mualaf.

Baginda juga berkenan menerima bayaran zakat perniagaan tujuh syarikat korporat berjumlah RM9.87 juta. Sultan Sharafuddin dan rakyat kemudiannya diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Masjid Taman Seri Muda di bina bagi menggantikan Masjid Al-Falah bagi menampung kapasiti penduduk di Seksyen 25 itu yang kian meningkat.

Masjid dua tingkat itu dibina dengan kos berjumlah RM6.25 juta mampu menampung kapasiti jemaah seramai 800 hingga 1,000 orang.

Pembinaan masjid tersebut bermula pada pertengahan Jun 2011 dan siap sepenuhnya pada Jun 2013 di mana penyerahan kunci telah disempurnakan pada 5 Julai 2013.

Kawasan masjid Ia turut dilengkapi sistem pendingin udara, kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi 24 jam dan bilik pengurusan jenazah.

Artikel Berkaitan: