Masuk senarai manipulator mata wang, ekonomi Malaysia tak terjejas: BNM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Perbendaharaan Amerika Syarikat memasukkan Malaysia dalam senarai pemantauan bagi potensi manipulator mata wang, tidak menjejaskan ekonomi negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

"Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh, termasuk kelonggaran oleh kadar tukaran terapung selain imbangan luaran yang kukuh," katanya.

Malaysia antara sembilan negara yang disenarai bersama China, Jerman, Itali, Ireland, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.

Tiada penalti segera dikenakan ke atas penyenaraian tersebut.- Bernama

Artikel Berkaitan: