Sajat hadapi pertuduhan di mahkamah?

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Nama ahli perniagaan, Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa.

Ahli perniagaan itu tiba jam 9.25 pagi dengan memakai baju merah.
Artikel Berkaitan: