Malang warga asing ketika 'layan' arak

Antara yang ditahan dalam serbuan di premis minuman keras tidak berlesen di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. (Gambar kanan: Premis minuman keras tidak berlesen di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, yang digempur polis, tengah malam tadi.)
Antara yang ditahan dalam serbuan di premis minuman keras tidak berlesen di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. (Gambar kanan: Premis minuman keras tidak berlesen di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, yang digempur polis, tengah malam tadi.)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keasyikan sekumpulan warga asing 'menikmati' minuman alkohol di sebuah premis di Jalan Petaling, di sini, terbantut selepas diserbu polis, tengah malam tadi.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira 12.30 tengah malam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, pemeriksaan mendapati premis tidak berpapan tanda itu dipercayai menjalankan perniagaan menjual arak tanpa lesen sah.

"Siasatan mendapati premis arak ini telah beroperasi sejak kira-kira dua tahun lalu.

"Dalam operasi ini, polis telah menahan seorang lelaki tempatan bersama tiga pelanggan lelaki warga India berusia lingkungan 20 hingga 40-an," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian merampas minuman keras jenis MC Dowell's, jadual perniagaan serta wang tunai.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Dalam perkembangan lain, D7 Kuala Lumpur turut menyerbu sebuah pusat refleksologi di Jalan Bukit Bintang, di sini, kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Artikel Berkaitan:

"Polis menahan seorang lelaki tempatan merupakan penjaga serta seorang wanita warga Myanmar merupakan tukang urut premis terbabit. Siasatan mendapati premis ini mengajikan wanita terbabit dengan menawarkan urutan kaki atau badan dengan harga RM80 hingga RM130," katanya.

Tambahnya, beberapa barang telah dirampas seperti minyak urut, tuala serta wang tunai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!