1Staf 1Barang bantu 60 asnaf

Muhammad Izzat Amir (depan, enam, kiri) bersama sebahagian kakitangan TNB Kuala Selangor sempena Program 1Staf 1Barang, hari ini.
Muhammad Izzat Amir (depan, enam, kiri) bersama sebahagian kakitangan TNB Kuala Selangor sempena Program 1Staf 1Barang, hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kelab Kilat TNB dan Persatuan Pelitawanis Kuala Selangor meneruskan tradisi agihan sumbangan Program 1Staf 1Barang sempena Ramadan.

Jurutera Pembangunan Aset TNB Kuala Selangor, Muhammad Izzat Amir Abd Karim berkata, sambutan sumbangan kali ini cukup menggalakkan.

"Jika sebelum ini, kita dapat agih sumbangan barangan keperluan dapur untuk 40 rumah tetapi kali ini kita beri kepada 60 rumah asnaf.

"Alhamdulillah kakitangan TNB Kuala Selangor cukup Prihatin dengan keperluan asnaf lebih-lebih menjelang Aidilfitri tidak lama lagi," katanya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan asnaf, katanya, kebanyakan keluarga yang dipilih adalah hasil tinjauan kakitangan TNB yang juga pembaca meter.

"Mereka sendiri kenal pasti keluarga tu sama ada sesuai atau tidak untuk dimasukkan dalam senarai penerima program ini memandangkan mereka datang terus ke rumah.

"Kutipan sumbangan berupa beras, gula, tepung dan lain-lain ini dimulakan pada awal Ramadan dan hari ini, kita agihkan mengikut kawasan Tanjong Karang dan Kuala Selangor.

"InsyaALLAH jika tiada halangan, program sama akan diteruskan lagi pada tahun depan dengan lebih ramai jumlah penerima," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: