Dirempuh lori pasir, pemandu maut tercampak keluar

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Connaught, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Connaught, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan 13 buah kenderaan dalam kejadian di hadapan sebuah pasaraya di Taman Connaught, di sini, hari ini.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari.

Ketua Operasi, Armdan Mahat berkata, setibanya anggota tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan pasir yang melanggar sebuah lori pikap.

"Turut terlibat adalah 12 buah kenderaan lain. Seorang mangsa lelaki berumur 34 tahun yang juga merupakan pemandu lori pikap jenis Toyota Hiace disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh di bahagian belakang oleh lori muatan pasir terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dikatakan tercampak keluar serta digilis.

Katanya, selain itu, seorang mangsa wanita turut dilaporkan mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras menaiki ambulan.

"Tindakan anggota membuat kerja pembersihan di lokasi kejadian telah dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: