X

Kindly register in order to view this article
!

Tipu nombor akaun, ambil kesempatan

Status yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Sinar Harian.
A
A

AUTA

Sebuah laman Facebook yang menggunakan nama Sinar Harian Online Malaysia memuat naik status bagi memohon bantuan sumbangan orang ramai buat seorang bayi, Nur Qaisara yang dikatakan mengidap penyakit lebihan cecair di dalam otak.

Menerusi status berkenaan juga, Nur Qaisara didakwa perlu menjalani rawatan segera dan kos bagi pembedahan itu menelan belanja sehingga RM35,000.

Selain itu, nombor akaun milik bapa Nur Qaisara yang dikenali sebagai Saifuddin turut dimuat naik oleh laman Facebook berkenaan bagi meminta sumbangan orang ramai.

FAKTA

Menerusi semakan Sinar Harian, status yang dimuat naik menerusi laman Facebook berkenaan adalah palsu dan bertujuan bagi mengambil kesempatan.

Difahamkan, bayi di dalam gambar status tersebut adalah bernama Norshiffa Auni Yaakob dan dia disahkan mengidap penyakit Hydrocephalus sejak berada di dalam kandungan lagi.

Menurut ibunya, Safia Nasir, 34, pihaknya mengetahui mengenai perkara itu pada pagi tadi apabila menyedari pemilik dan nombor akaun yang dimaksudkan itu adalah salah.

"Saya baharu tahu pagi tadi dan tak sangka ada juga orang nak buat macam ini untuk ambil kesempatan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Safia, dia berharap agar orang ramai tidak tertipu dengan helah laman Facebook berkenaan yang cuba berselindung dengan memburukkan nama Sinar Harian.

"Anak saya sepatutnya menjalani pembedahan pada Februari lalu namun dibatalkan kerana doktor tidak berani untuk mengambil risiko. Dan sekarang dia berada di rumah kami di Kampung Tengah, Puchong.

"Harap-harap tak ada orang tertipu dengan helah pihak tidak bertanggungjawab ini yang cuba ambil kesempatan," katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank: 1123 6201 5253 (Yaakob Abd Rahim-bapa) atau menghubungi Safia di talian 016-9087760.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi hidap penyakit Hydrocephalus perlu bantuan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!