Suara sinergi World #QuranHour Muslimat Pas

Muslimat Pas Taman Subang Perdana menunjukkan plakad World #QuranHour selepas selesai majlis pelancaran di Masjid Taman Subang Perdana, Selangor semalam. Turut serta Marhaini (barisan kedua, 10 dari kanan). - FOTO ROSLI TALIB
Muslimat Pas Taman Subang Perdana menunjukkan plakad World #QuranHour selepas selesai majlis pelancaran di Masjid Taman Subang Perdana, Selangor semalam. Turut serta Marhaini (barisan kedua, 10 dari kanan). - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SUBANG - Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) turut sama menyokong kempen World #QuranHour apabila menyertai program Pra-Pelancaran Sinergi Misi al-Kahf Muslimat di Masjid Taman Subang Perdana anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, Muslimat Masjid Taman Subang Perdana bersama kumpulan Muslimat DMPP, Lajnah Dakwah, Pendidikan dan Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA), amat menyokong usaha tersebut sekali gus bersama-sama menjayakan pra-pelancaran kempen tersebut semalam.

“Pihak kami amat menghargai acara sebegini dan diharapkan program yang penuh keberkatan ini akan membuka mata dan kesedaran umat Islam untuk benar-benar berpegang dengan apa terkandung dalam al-Quran yang diamanahkan kepada seluruh umat Islam.

“Untuk membina umat yang sejahtera dunia dan akhirat, kita sebenarnya tidak ada formula lain kecuali umat Islam mesti kembali kepada al-Quran sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan pejuang dahulu,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis tersebut di Masjid Taman Subang Perdana di sini semalam.

Nuridah berkata, pihaknya turut akan menggerakkan Muslimat Pas yang lain akan bersama-sama pada majlis terbesar kempen World #QuranHour yang akan diadakan pada 30 Mei ini.

“Kita akan usahakan Muslimat Pas seluruh Malaysia bersama-sama menjayakan World #QuranHour yang menjadi hasrat daripada pihak WUIF dan insya-ALLAH akan beri aura baik pada masyarakat,” katanya.

 Hadirin Muslimat Pas membaca al-Quran pada pelancaran World #QuranHour: Sinergi Misi al-Khaf di Masjid Taman Subang Perdana. - FOTO ROSLI TALIB
Hadirin Muslimat Pas membaca al-Quran pada pelancaran World #QuranHour: Sinergi Misi al-Khaf di Masjid Taman Subang Perdana. - FOTO ROSLI TALIB

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Marhaini Yusoff berkata, penganjuran bersama DMPP adalah sesuatu yang istimewa dalam mengupas surah al-Kahf kerana kali ini mahu menjurus pula kepada wanita.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini, kita kupas secara umum dengan empat cabaran tetapi hari ini (semalam) lebih istimewa berdasarkan pesan daripada pemimpin dan kupasan surah al-Kahf, idea cabaran itu dikembangkan pula kepada wanita.

“Justeru, kita nak bawa misi al-Kahf ini bukan sekadar kempen sahaja, jika boleh nak kumpulkan lebih ramai wanita untuk bersama-sama yang bukan sahaja membaca al-Quran, tetapi mengubah kerangka fikir wanita itu sendiri,” katanya.

Bakal adakan Konvensyen Al-Kahf untuk wanita Melalui majlis itu juga, ia menjadi pemula kepada satu lagi perancangan sinergi antara Dewan Muslimat Pas dan WUIF untuk menganjurkan Konvensyen Al-Kahf dengan fokus kepada wanita.

Wakil Dewan Muslimat Pas dalam Majlis Syura, Dr Wahibah Tahir berkata, pihaknya pernah merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai surah al-Kahf kepada wanita, justeru sinergi dengan WUIF mungkin adalah yang terbaik nanti.

“Sebelum ini, kami ada beri maklum balas dengan kempen World #QuranHour yang dianjurkan dan telah menyusun untuk turut mengadakannya di peringkat lajnah dan DMPP kemudian akan digerakkan peringkat cawangan dan premis di peringkat Muslimat.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah, Fazrul Ismail menerangkan resolusi al-Khaf kepada hadirin yang hadir pada pelancaran World #QuranHour: Sinergi Misi Al-Khaf bersama Muslimat Pas di Masjid Taman Subang Perdana. - FOTO ROSLI TALIB
Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah, Fazrul Ismail menerangkan resolusi al-Khaf kepada hadirin yang hadir pada pelancaran World #QuranHour: Sinergi Misi Al-Khaf bersama Muslimat Pas di Masjid Taman Subang Perdana. - FOTO ROSLI TALIB

“Mungkin selepas selesai World #QuranHour dan selepas hari raya, konvensyen tersebut akan diadakan iaitu Konvensyen al-Kahf: Pesan-pesan Untuk Wanita,” katanya.

Jelas beliau, pihak DMPP juga tiada halangan untuk bekerjasama dengan wanita daripada parti lain terutamanya Wanita UMNO untuk kempen ini sekiranya kedua pihak bersetuju untuk menganjurkannya.

“Sebelum ini, kita banyak menganjurkan program bersama Wanita UMNO seperti Zikir Munajat dan bacaan Yasin Perdana.

“Jadi kami harap untuk kempen World #QuranHour ini juga ada kesempatan untuk diadakan bersama dengan Wanita UMNO kerana matlamat umat Islam adalah sama iaitu al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya.