Perdana Menteri Britain umum letak jawatan

Theresa May
Theresa May
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan pada 7 Jun selepas berdepan tekanan daripada parti pimpinannya, Parti Konservatif dan pihak pembangkang yang mendesak pengunduran beliau.

May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya dipilih dalam proses dua tahap yang menyaksikan dua calon akhir berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif.

ARTIKEL BERKAITAN: PM Britain 'tawar' letak jawatan

Kerajaan May gagal mengawal situasi politik tidak menentu yang dilihat melemahkan peranan London dalam rundingan Brexit, selepas parti itu berbelah-bagi mengenai kaedah Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selain peletakan jawatan beberapa menterinya.

Terdahulu, May membuat tawaran mengejutkan untuk meletak jawatan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sokongan Parlimen terhadap perjanjian Brexit beliau.

"Saya tahu ada keinginan untuk pendekatan baharu dan kepimpinan baharu dalam fasa kedua rundingan Brexit. Tetapi, kita perlu mendapatkan kesepakatan dalam hal itu. Saya bersedia untuk berundur lebih awal dan saya mahu buat keputusan yang betul untuk parti dan negara ini," jelasnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: