Tesla perkenal 'kereta terbang', pengeluaran bermula 2028

Tesla memperkenalkan kereta sport Roadster terbaharu yang didakwa mampu terbang dan memecut dari sifar hingga 97 kilometer (km) sejam dalam masa kurang daripada satu saat.
Tesla memperkenalkan kereta sport Roadster terbaharu yang didakwa mampu terbang dan memecut dari sifar hingga 97 kilometer (km) sejam dalam masa kurang daripada satu saat.
A
A
A

TEXAS – Tesla memperkenalkan kereta sport Roadster terbaharu yang didakwa mampu terbang dan memecut dari sifar hingga 97 kilometer (km) sejam dalam masa kurang daripada satu saat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata, kenderaan dua tempat duduk itu menggunakan teknologi jet untuk melakukan aksi di udara selain dipandu di jalan raya.

Menurut laporan CNN, demonstrasi di sebuah kemudahan ujian milik SpaceX di pada Khamis menunjukkan Roadster mendaki tanjakan curam, berpusing di udara dan melompat melepasi deretan kenderaan Tesla lain.

Bagaimanapun, demonstrasi itu dilakukan tanpa pemandu dan belum membuktikan keupayaan kereta berkenaan untuk terbang bagi perjalanan jarak jauh.

Elon berkata, Roadster menggunakan 10 muncung dan tangki udara bertekanan ultra tinggi untuk membolehkannya bergerak di udara serta memecut dengan pantas.

Beliau menyasarkan pengeluaran kenderaan itu bermula pada 2028.

Bilionair teknologi itu menggambarkan perkembangan tersebut sebagai 'apa yang berlaku apabila ada kerjasama antara syarikat kereta terbaik dunia dan syarikat roket terbaik global’, merujuk kepada Tesla serta SpaceX.

Pakar penerbangan Roger Conner menjelaskan, menghasilkan kenderaan yang boleh terbang dan pada masa sama sah digunakan di jalan raya masih berdepan cabaran kejuruteraan, terutama berkaitan berat dan ciri keselamatan.

Beliau turut meragui keupayaan kereta berkenaan untuk terbang ke destinasi pilihan pemiliknya.

Artikel Berkaitan:

"Kita bukan bercakap mengenai penerbangan berterusan. Kita sebenarnya bercakap mengenai lompatan," katanya. - AGENSI

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!