PM Britain 'tawar' letak jawatan

May membuat keputusan itu beberapa jam sebelum Parlimen mengundi untuk memecahkan kebuntuan Brexit.
May membuat keputusan itu beberapa jam sebelum Parlimen mengundi untuk memecahkan kebuntuan Brexit.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Perdana Menteri Britain, Theresa May, semalam membuat tawaran mengejutkan untuk meletak jawatan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sokongan Parlimen terhadap perjanjian Brexit beliau.

"Saya tahu ada keinginan untuk pendekatan baharu dan kepimpinan baharu dalam fasa kedua rundingan Brexit. Tetapi, kita perlu mendapatkan kesepakatan dalam hal itu. Saya bersedia untuk berundur lebih awal dan saya mahu buat keputusan yang betul untuk parti dan negara ini," jelasnya.

Difahamkan, 'tawaran akhir' itu dibuat berikutan May tiada pilihan dan berisiko kehilangan kawalan proses untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Sebelum ini, Parlimen telah menolak perjanjian Brexit sebanyak dua kali, namun May masih cuba untuk meyakinkan mereka

Minggu lalu, May mencapai persetujuan dengan EU untuk menangguhkan Brexit di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap langkah keluar dari blok itu 'tanpa perjanjian'.

Jika perjanjian Brexit May diluluskan pada minggu ini, Brexit akan berkuatkuasa pada 22 Mei depan atau beliau perlu kembali ke Brussels sebelum 12 April untuk menjelaskan kepada EU tentang langkah seterusnya. - AFP

Artikel Berkaitan: