Minyak sawit: Kerajaan jumpa Ahli Parlimen Eropah Oktober ini

Gambar kecil: Teresa Kok
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Industri Utama akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Eropah dan Majlis Eropah pada Oktober dalam misi mempromosikan minyak sawit negara.

Menterinya, Teresa Kok berkata ia susulan pelantikan Ahli Parlimen Kesatuan Eropah (EU) menerusi pilihan raya yang baharu.

“Kita harus tunggu keputusan pilihan raya dan bulan Oktober ini saya akan ke Eropah untuk berjumpa Ahli Parlimen mereka dan Pesuruhjaya Eropah yang baharu.

“Kita perlu bekerjasama dengan orang baharu (Ahli Parlimen). Kita perlu faham bahawa ‘Delegated Regulation’ akan dikaji semula pada 2021, dan kita perlu bekerja keras untuk dua tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program duta minyak sawit dalam kalangan pelajar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan keputusan EU itu tidak membawa impak segera kepada ekonomi negara buat masa ini. - Bernama