Jom Shopping rai 920 penerima bantuan

Rodziah (dua, kiri) berucap sewaktu program berkenaan yang berlangsung di Giant Kemuning Utama.
Rodziah (dua, kiri) berucap sewaktu program berkenaan yang berlangsung di Giant Kemuning Utama.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 920 orang penerima baucar membeli-belah bagi Program Jom Shopping sempena perayaan diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Giant Kemuning Utama hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata sumbangan hasil inisiatif kerajaan negeri itu diteruskan lagi pada kali ini dengan menyasarkan lebih ramai keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan DUN berkenaan.

Beliau berkata, pada tahun ini, pelaksanaan program Jom Shopping adalah ditentukan mengikut jumlah pengundi dan kaum bagi sesebuah kawasan.

"Penerima akan mendapat baucar yang dapat digunakan bagi membeli barangan keperluan pada bulan Ramadan dan menjelang perayaan nanti," katanya kepada media selepas melancarkan program tersebut, hari ini.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Antara penerima yang mendapat bantuan Jom Shopping di DUN Batu Tiga.
Antara penerima yang mendapat bantuan Jom Shopping di DUN Batu Tiga.

Mengulas lanjut, Rodziah yang juga merupakan Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor memaklumkan sambutan yang diterima menerusi program berkenaan amat memberangsangkan dan di luar jangkaan.

"Permohonan diterima kali ini amat baik dan kita akan isikan mereka ini untuk pelbagai lagi program-program lain selepas ini," katanya

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang kerani, Zurhaida Selamat,39, turut meluahkan rasa syukur di atas keprihatinan kerajaan negeri membantu golongan memerlukan khusus pada bulan Ramadan ini melalui penyerahan bantuan itu.

"Kami harap agar bantuan ini dapat diperluaskan bagi membantu lebih ramai insan memerlukan," katanya.

Di samping itu, seorang warga emas, Mohd Ramli Kasbullah, 67, berkata program tersebut perlu diteruskan selepas ini kerana ia amat berkesan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

"Ini kali ketiga saya dapat sumbangan ini dan terima kasih kerajaan negeri kerana prihatin dengan nasib kami," katanya.