Melaka mula pembenihan awan 13 Mei ini

Mohd Sofi menunjukkan kawasan yang dilakukan pembenihan awan ketika ketika sidang media mengenai pembenihan awan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, hari ini.
Mohd Sofi menunjukkan kawasan yang dilakukan pembenihan awan ketika ketika sidang media mengenai pembenihan awan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri Melaka memulakan proses pembenihan awam untuk menghasilkan hujan bagi menambah paras air empangan Durian Tunggal yang semakin kering.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya memberi fokus empangan berkenaan berdasarkan paras empangan itu yang dianggap kritikal selain pengguna yang menerima bekalan air dari empangan terbabit yang ramai terutama pengguna kawasan daerah Melaka Tengah.

Menurutnya operasi yang dibuat membabitkan pembenihan awan jenis kering dengan memasang semburan 'hygroscopic flare' di sayap pesawat Cessna 340A bermula di sempadan Johor ke Durian Tunggal, Alor Gajah.

"Mengikut Jabatan Meteorologi kini merupakan fasa peralihan monsun barat daya dan dijangka angin lebih kuat dan operasi berkenaan sesuai dilakukan pada 13 hingga 16 Mei.

Keadaan empangan Durian Tunggal yang semakin kritikal berikutan cuaca panas berpanjangan dan hujan hanya dibeberapa tempat.
Keadaan empangan Durian Tunggal yang semakin kritikal berikutan cuaca panas berpanjangan dan hujan hanya dibeberapa tempat.

"Operasi itu dijalankan selama tiga hari bermula hari ini bergantung kepada faktor atmosfera," katanya.

Mohd Sofi berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pembenihan awan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi pesawat ditanggung kerajaan Melaka manakala kos semburan 'flare' ditanggung Jabatan Meteorologi dan kepakaran teknikal selain memberi jaminan tiada catuan air dilakukan setakat ini kerana masih menerima sumber bekalan air Sungai Johor ke empangan.

Artikel Berkaitan:

"Kita menyarankan penduduk di Melaka menggunakan bekalan air secara berhemah dan melaporkan segera kepada pihak berkaitan jika berlaku kebocoran bagi mengelak pembaziran air," katanya.

Terdahulu, laman Facebook Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, paras air di tiga empangan masing-masing di Durian Tunggal setakat jam 10 pagi mencatatkan 39.9 peratus, Jus (67 peratus) dan Asahan (62.5 peratus).