Kes kereta kebal: CEO sambung reman, CFO dijamin RM50,000

CFO syarikat swasta dijamin RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
CFO syarikat swasta dijamin RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta disambung reman empat hari lagi bagi membantu siasatan kes menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara bernilai lebih RM17 juta.

Selain itu, ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat terbabit pula dijamin RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Perintah dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, SPRM telah merampas beberapa beg tangan mewah dan mata wang asing di kediaman CEO terbabit kelmarin.

Tertuduh yang juga CEO sebuah syarikat swasta dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya selepas perintah sambung reman ke atasnya, hari ini.
Tertuduh yang juga CEO sebuah syarikat swasta dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya selepas perintah sambung reman ke atasnya, hari ini.

Kedua-dua suspek itu sebelum ini ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan, Ahad lalu.

CEO lelaki berpangkat Datuk berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 malam manakala, wanita berusia 53 tahun menjawat jawatan CFO itu pula ditahan jam 11.50 malam di lokasi sama ketika hadir memberi keterangan.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, SPRM telah menyita wang tunai RM100,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan selain memanggil beberapa saksi bagi dirakam keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.