Guru sekolah al-Quran Malaysia syahid di Gaza

Tangkap layar hantaran Ahmad Nu'man Mazlan di aplikasi X pada Isnin.
Tangkap layar hantaran Ahmad Nu'man Mazlan di aplikasi X pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wartawan, Muhammed Al-Salhi telah syahid dalam perang semasa membuat liputan mengenai Palestin melibatkan konflik negara itu dengan Israel.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu’man Mazlan berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang wartawan, namun merupakan guru di Sekolah al-Quran Malaysia yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza.

“Sekolah ini dibina oleh para penyumbang Aman Palestin,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X, pada Isnin.

Sekolah tersebut dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka secara rasminya pada 2017 dengan kos bernilai RM4.3 juta.

Ia terletak berhampiran kawasan kem pelarian Nusierat di tengah Gaza dengan bangunan tiga tingkat berkeluasan lantai 4,500 meter persegi dan disempurnakan Wakil Kementerian Pendidikan Palestin, Dr Mohd Seyam Abu Hammam.

Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna aplikasi itu turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Kematian yang dicemburui. Gapai syahid dan syurga buat mu wahai pejuang," kata Danial Faizuddin.

"Semoga syurga tempatnya. Baru tahu ada sekolah Malaysia di Gaza. Rasa bangga sangat dengan negara sendiri," kata Jonsnow.

Artikel Berkaitan: