Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT meneruskan aliran meningkatnya dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan hasil bon AS yang lebih stabil, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.7115/7155 berbanding dolar AS 4.7255/7300 ketika ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata defisit perdagangan AS menguncup 9.9 peratus kepada AS$53.8 bilion, terendah sejak September 2020, menurut Jabatan Perdagangan pada Khamis.

Data bagi Julai yang disemak menunjukkan jurang perdagangan meningkat kepada AS$64.7 bilion berbanding US$65 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, pertumbuhan pekerjaan AS berkemungkinan perlahan secara sederhana pada September manakala kadar pekerjaan mungkin berkurangan daripada paras tertinggi 0.5-1.0 bulan, memperlihatkan asas ekonomi yang kukuh di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.1612/1641 daripada 3.1719/1751 ketika ditutup pada Khamis, menyusut berbanding euro kepada 4.9720/9763 daripada 4.9651/9698 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7283/7337.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Artikel Berkaitan:

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7200/7367 daripada 12.7927/8115 pada Khamis dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/302.1 daripada 302.4/303.0 sebelumnya.

Ia lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.32/8.33 berbanding 8.33/8.35 ketika ditutup pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4493 daripada 3.4442/4478 sebelumnya. - Bernama