Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan pelabur global menerima berita pasaran yang memberi petunjuk bercampur-campur mengenai tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7200/4.7250 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7255 semalam.

"Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat berikutan Fed dilihat berbeza berhubung kadar kenaikan kadar faedah susulan bank pusat lain nampaknya telah mencapai kadar terminal mereka,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun -- naik 12 mata asas kepada 4.80 peratus -- menunjukkan premium inflasi terus meningkat.

"Oleh itu, kami menjangka ringgit akan kekal pada kecenderungan rendah,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9409/9461 daripada 4.9500/9542 pada Selasa dan naik berbanding pound kepada 5.6999/7059 daripada 5.7031/7079.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen kepada 3.1635/1671 daripada 3.1504/1533 semalam.

Artikel Berkaitan:

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4352/4394 daripada 3.4366/4400 pada Selasa, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7224/7417 daripada 12.7381/7540 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 302.9/303.4 daripada 303.0/303.4 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.30/8.31 pada Selasa. - Bernama