Pesawah mahu NAFAS kekal jadi pembuat, pembekal baja padi

Pengekalan NAFAS itu penting memandangkan keuntungan pelaburan akan disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

A
A
A

Nafas telah menunjukkan prestasi tanpa gagal membekalkan baja padi kepada para pesawah.
Nafas telah menunjukkan prestasi tanpa gagal membekalkan baja padi kepada para pesawah.



SHAH ALAM- Kerajaan perlu mengekalkan peranan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pengeluar dan pembekal baja padi bersubsidi kepada pesawah-pesawah di seluruh negara.

Pengerusi PeSAWAH, Mohd Fuad Yaacob berkata, pengekalan NAFAS itu amat penting memandangkan keuntungan pelaburan yang dibuat entiti itu akan disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan pulangan, kemudahan bantuan kewangan dan juga zakat.

“Jika kerajaan nak buka ruang pembekalan baja kepada pihak lain, ia secara tidak langsung akan memberi impak kepada Nafas dan juga rangkaian Pertubuhan Peladang sama ada atau pun kawasan. Jika kerajaan nak buat baja yang terbaik, seharusnya mesti bersama NAFAS dan jangan ambil hak NAFAS ini kerana itu hak kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Mohd Fuad, pihaknya menolak sebarang cadangan atau ura-ura kononnya 30 peratus pembekalan baja padi diberikan kepada syarikat swasta.

Sebaliknya. beliau menyifatkan Nafas telah menunjukkan prestasi tanpa gagal menghantar baja padi kepada para pesawah di samping melaksanakan inisiatif zero late delivery yang memantapkan lagi perkhidmatan mereka.

MOHD FUAD
MOHD FUAD

“Kita juga dimaklumkan, Nafas telah membuat penambahan 30,000 tan metrik stokpile baja padi. Justeru, kita rasa tiada masalah daripada segi kualiti selain cukup untuk keperluan para pesawah,” jelasnya yang turut memberitahu Nafas juga turut membuat program pemindahan teknologi kepada para pesawah di PPK.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan jika ada peruntukan tambahan pakej input pertanian baru, ia juga perlu diberikan secara terus kepada NAFAS memandangkan entiti itu ditubuhkan hasil daripada pemuafakatan 14 PPN dan 280 PPK dengan keahlian hampir 1 juta.

“Nafas bukanlah syarikat monopoli. Keuntungannya dikembalikan kepada rangkaian Pertubuhan Peladang, bersesuaian dengan slogannya iaitu ‘Daripada Peladang kepada Peladang’,” ujarnya.