Tak perlulah guna ayat suci, pesan Anthony kepada pemimpin DAP

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Semua pemimpin DAP diingatkan supaya tidak menggunakan ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How menjadi satu pengajaran kepada DAP.

Justeru, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP lebih berhati-hati.

"Tak perlulah kita gunakan ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat daripada kitab suci. Kita fokus kepada kerja kita. Apabila kita fokus kepada kerja kita, dasar kita dan pencapaian kita, kita boleh bawa khidmat lebih baik kepada rakyat.

"Memang itu (kontroversi) satu pengajaran dan saya yakin Howard pun telah terima nasihat daripada pelbagai pihak termasuk menteri agama dan beliau telah memohon maaf secara terbuka," katanya ketika ditemui pemberita di Pesta Tanglung Telemong, di sini pada Rabu.

Sebelum ini Howard Lee menjadi sasaran kritikan kerana memetik ayat al-Quran dalam konteks politik, namun beliau telah tampil memohon maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, ditanya mengenai gesaan MCA Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan dua lagi menteri disingkirkan dalam rombakan kabinet, kerana tidak menunjukkan prestasi, Anthony beliau berkata, pihak lain tidak perlu campur tangan mengenai perkara itu.

"Saya rasa tak payahlah kita sibuk-sibuk nak bagi tahu perdana menteri apa yang beliau perlu buat.

Artikel Berkaitan:

"Rombakan kabinet kalau ada pun adalah kuasa demokratif PM dan setakat tidak disentuh langsung tentang rombakan kabinet tapi fokus pastikan belanjawan berjalan lancar," katanya.