Isu tafsir ayat al-Quran: Kertas siasatan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang didakwa menghina agama Islam akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya telah merakam percakapan Howard itu pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Selasa.

"Rakaman percakapan dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) berhubung kenyataan dibuat Howard yang didakwa menghina agama Islam apabila beliau membuat tafsiran al-Quran, ayat 59, surah An Nisa'.

"Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Shuhaily berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan platform media sosial dengan bijak dan tidak menyalah guna kemudahan itu dengan menyentuh isu 3R (agama, kaum, diraja).

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Horward tampil membuat permohonan maaf susulan isu beliau yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular sejak minggu lalu.

Artikel Berkaitan: