Isu tafsir al-Quran: Howard Lee terima nasihat menteri agama

Pertemuan Mohd Na'im (kiri) dan Howard Lee di Casuarina Kuala Kangsar pada malam, Isnin. - Foto FB Dato' Setia Dr Na'im
Pertemuan Mohd Na'im (kiri) dan Howard Lee di Casuarina Kuala Kangsar pada malam, Isnin. - Foto FB Dato' Setia Dr Na'im
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memberi nasihat kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How agar berhati-hati dalam menafsir ayat al-Quran.

Mohd Naim berkata, ia bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutama di zaman media sosial ketika ini.

“Howard Lee hadir mengunjungi saya di Casuarina Kuala Kangsar.

“Dia bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, pertemuan pada malam Isnin itu juga secara tidak langsung membina persefahaman bahawa Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

Sebelum ini, Howard Lee mencetuskan kontroversi apabila membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran hingga menjadi pertikaian ramai pihak.

Bagaimanapun, Sinar Harian pada 26 September lalu melaporkan ahli politik DAP itu tampil membuat permohonan maaf selepas beliau selesai memberi keterangan berkaitan isu itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Artikel Berkaitan: