Banjir di Kedah pulih, dua PPS terakhir ditutup sepenuhnya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di daerah Kota Setar bagi menempatkan mangsa banjir, ditutup sepenuhnya pada Isnin susulan situasi banjir telah pulih.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua 67 orang daripada 23 keluarga yang berada di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang dibuka pada 26 Sept lalu telah ditutup pada jam 9.30 pagi tadi jam 8 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, keadaan cuaca baik hari ini membolehkan kesemua mangsa yang berada di pusat pemindahan itu pulang ke rumah masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!