'Cukai durian runtuh lebih sesuai'

Kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan semula cukai khusus ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa. - Foto hiasan/Bernama
Kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan semula cukai khusus ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa. - Foto hiasan/Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan memperkenalkan semula konsep kedai seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak memberi sebarang implikasi kepada rakyat, malah sekadar meneruskan inisiatif sedia ada.

Penganalisis ekonomi, Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan potongan cukai atau rebat tenaga sekiranya ingin membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.

“Mungkin cuma berubah penjenamaan sahaja, (tetapi) ia perlu diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pihak industri, bukan terhad kepada satu atau dua pembekal.

“Jika betul nak bantu, kerajaan perlu tingkatkan cukai lain,” katanya pada Jumaat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh baru-baru ini, dilapor mengakui terdapat cadangan agar mewujudkan semula konsep kedai seperti KR1M susulan kejayaan program Jualan Rahmah.

Gesaan itu turut disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencadangkan perkara tersebut bagi meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup.

Ahmad Azrin berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan semula cukai khusus ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa.

“Ia termasuk cukai durian runtuh ke atas lebihan untung dalam industri tenaga.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan juga perlu mempertimbangkan potongan perbelanjaan lain seperti perbelanjaan pertahanan, pendidikan dan gaji sektor awam selain tingkatkan pinjaman. Bank Pusat kena tambah bekalan wang walaupun dalam masa inflasi,” ujarnya.