Mental Gen Z mudah ‘koyak’, tak tahan ujian

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

SUATU petang, Merak Jalanan lepak dengan seorang teman yang bertugas di unit elit sebuah pasukan keselamatan negara yang berpangkalan di utara tanah air negara.

Pada awalnya kami hanya berbual kosong sebelum terpacul satu soalan yang akhirnya ‘trigger’ kepada perbualan yang agak serius pada lewat petang di sebuah kedai mamak.

“Budak-budak sekarang ni mental tidak kuat dan mudah koyak. Tak tahan lasak, baru kena uji sikit dah mengalah."

Mendengar ayat itu, sengaja Merak Jalanan ‘pancing’, “macam mana nak jadi komando, kalau jiwa tak kental?

"Menurut Hakim (bukan nama sebenar), ketika dunia semakin maju, tanpa kita sedar, perlahan-lahan kita terpaksa mengakui - kekuatan mental sebenarnya menjadi suatu cabaran besar kepada kita hari ini.

Menjadi anggota unit khas, bukan hanya menuntut seseorang itu mempunyai daya tahan fizikal yang tinggi, namun terangkum dalamnya ketahanan mental dan spiritual di tahap teratas sebagai persediaan mendepani segala bentuk ancaman yang boleh menggugat keamanan negara.

Ujar Hakim, meskipun ujian ketahanan fizikal yang sering dianggap ganas, keras dan ‘separuh mati’ ini perlu dilalui untuk menjadi seorang anggota komando, ia sebenarnya tidak pernah memudarkan minat generasi muda pada hari ini untuk cuba menceburkan diri di dalam kerjaya mencabar dan berisiko tinggi ini.

“Cuma itulah, mereka yang datang ni, dalam 150 orang, peringkat awal 20 dah tarik diri sebab tak tahan. Tak macam zaman dulu-dulu, yang nak masuk komando ni memang kuat, hati kering,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan:

Kalau bukan dalam anggota beruniform pun, generasi pelapis ini terkadang mudah naik lemak di alam pekerjaan.

Tidak boleh menerima teguran dengan cara positif! Tegur sikit, luah di media sosial, manja dan merajuk.