[VIDEO] Agensi kerajaan guna beras import untuk tambah bekalan beras tempatan - Mat Sabu

A
A
A

BENTONG - Semua agensi kerajaan termasuk asrama sekolah akan menggunakan beras import sebagai langkah menambah bekalan beras tempatan di pasaran sekali gus menampung permintaan pengguna awam yang tinggi ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana agensi kerajaan seperti kem tentera, hospital dan asrama sekolah menggunakan bekalan beras tempatan secara pukal.

Menurutnya, penambahan subsidi diperlukan bagi membolehkan agensi-agensi terlibat mula menggunakan beras import.

"Kita mahu beras putih yang berharga RM26 sekampit ini diperbanyakkan dengan kita minta agensi-agensi kerajaan, seperti asrama (sekolah), hospital, tentera dan sebagainya gunakan beras import.