Kerajaan digesa kemuka pelan atasi masalah bekalan beras tempatan

Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengemukakan satu pelan tindakan komprehensif untuk mengatasi masalah bekalan beras tempatan dan memastikan rakyat sentiasa mempunyai makanan di atas meja mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana pengeluaran beras dalam negara semakin merosot dengan 1.68 juta tan pada 2021 kepada 1.57 juta tan pada tahun lalu.

Beliau berpandangan, Ia mungkin permulaan kepada suatu krisis lebih besar pada masa hadapan kerana perubahan iklim dunia telah menyebabkan kemarau dan banjir di banyak negara yang menjejaskan pengeluaran bahan makanan termasuk beras.

“Dalam keadaan negara kita masih bergantung kepada import bahan makanan yang tinggi, kekurangan pengeluaran bahan makanan di negara-negara terjejas dengan perubahan iklim akan menjejaskan bekalan makanan di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.