Hasil perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70

Ringgit terus susut dan mencecah paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, berikutan kebimbangan mengenai prospek kenaikan kadar faedah serta kenaikan hasil perbendaharaan negara maju itu. - Gambar hiasan

A
A
A

RINGGIT terus susut dan mencecah paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, berikutan kebimbangan mengenai prospek kenaikan kadar faedah serta kenaikan hasil Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pergerakan ringgit turut diasak oleh kebimbangan yang terus ketara mengenai inflasi di negara itu.

"Sudah pasti inflasi menjadi tumpuan selain peningkatan harga minyak yang hanya menjejaskan lagi pospek dasar Rizab Persekutuan AS (Fed),” katanya kepada Bernama.