Pentadbiran Masjid Negeri Ipoh mohon maaf

Orang ramai berasak-asak bagi mendapatkan nasi beriani yang disediakan.
Orang ramai berasak-asak bagi mendapatkan nasi beriani yang disediakan.
A
A
A

IPOH - Pihak pentadbiran Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) Ipoh memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada yang tidak menerima bungkusan nasi sempena program Pengagihan Nasi Bungkus Nasi Briyani di pekarangan masjid berkenaan petang tadi.

Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh berkata, dianggarkan hampir 4,000 warga bandaraya didapati beratur di pekarangan masjid berkenaan sejak 4 petang bagi mendapatkan bungkusan nasi beriani berkenaan.

Bagaimanapun menurut Abd Farid, keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila hujan sekitar jam 4.30 petang sehingga menyebabkan orang ramai mula berasak-asak bagi mendapatkan bungkusan nasi beriani di khemah disediakan.

"Saya mewakili pihak masjid memohon maaf kepada orang ramai kerana kehadiran petang ini terlalu ramai.

"Jadi kita mohon maaf kepada yang tidak dapat nasi beriani kerana terlalu ramai, di luar jangkaan kita," katanya.

No Image Caption

"InsyaALLAH pada masa hadapan, kita akan buat lagi dengan kerjasama Persatuan India Muslim (PRIM) dan kita akan tambah bungkusan nasi beriani," katanya pada sidang media di sini petang tadi.

Sementara itu Bendahari Koperasi Prim Jaburulla Abdul Razak berkata, pihaknya memilih masjid negeri untuk penganjuran program kali ini berikutan ramai orang datang beribadah di masjid berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, PRIM turut mengharapkan agar juadah yang disediakan dapat membantu orang ramai untuk berbuka puasa.

"Secara kasar, anggaran sebungkus nasi beriani yang kita edarkan adalah RM6 dan kita telah siapkan sebanyak 2,500 bungkus. Tahun lepas, hanya 2,000 bungkus sahaja.

"Kita juga akan bermesyuarat bagi memilih masjid yang seterusnya untuk program seperti ini pada masa hadapan," katanya.