Dr Akmal Saleh 'terjah' kilang beras

Tangkap layar Dr Muhamad Akmal ketika bertegas dengan seorang pengilang beras dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan di sekitar negeri ini.
Tangkap layar Dr Muhamad Akmal ketika bertegas dengan seorang pengilang beras dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan di sekitar negeri ini.
A
A
A

MELAKA - Menyedari kesukaran rakyat untuk mendapat bekalan beras menyebabkan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh melakukan pemeriksaan secara mengejut di dua buah kilang beras di negeri ini pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, tindakan itu susulan aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai ketiadaan bekalan beras tempatan di kedai runcit dan pasar raya sekitar Melaka.

Dalam video berdurasi lebih kurang tiga minit itu, Muhamad Akmal dilihat bersikap tegas dengan salah seorang pengilang yang didakwa enggan menjual beras tempatan pada harga disyorkan iaitu RM25.50 untuk sekampit beras 10 kilogram (kg).

Rakaman video itu mendapati pihak pengilang enggan mematuhi arahan itu kerana mendakwa hanya mendapat margin keuntungan yang kecil berbanding menjual beras import.