Mencatu-catu sepinggan nasi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PEJAM celik dah masuk lebih sebulan rakyat berdepan krisis beras tempatan.

Merak Jalanan sendiri pada Sabtu turun ke pasar raya berdekatan rumah di Shah Alam. Memang rak beras masih kosong dengan beras tempatan.

Yang ada beras basmati dan beras wangi. Merak Jalanan berjalan pula ke kedai Aceh tidak jauh dari rumah.

Alhamdulillah adalah beras cap Merbok 5 kilogram (kg), tapi cuma tinggal tidak sampai lima pek.

Sejak isu kekurangan stok beras tempatan, macam-macam cadangan juga timbul mengenai cara pengambilan nasi.

Ada juga yang mencadangkan keluarga lima beranak cuma perlu membeli dan menyimpan 20kg beras.

Ini kerana keperluan bulanan sebuah keluarga dengan tiga orang anak secara purata memerlukan sekitar 20kg beras sahaja.

Jumlah tersebut termasuk mengambil kiraan pemakanan di luar.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan pun susah hati jugalah bila memikirkan kita sudah perlu mencatu-catu berapa kilogram pengambilan beras atau nasi dalam sebulan atau sehari.

Almaklumlah Merak Jalanan ni memang orang kampung yang ketar satu badan kalau tak makan nasi.

Merak Jalanan harap sangatlah musim mencatu-catu nasi atau beras ini cepatlah tamat. Apa tidaknya beberapa minggu lalu ada kedengaran Pak Menteri kata krisis bekalan selesai dalam sebulan.

Ini sudah nak masuk bulan Oktober macam payah juga nak titik penyudahnya.

Ada kawan Merak Jalanan kata, bila catu-catu makan nasi ni bagus juga sebab boleh diet dan kurangkan berat badan. Ikut petua suku suku separuh.

Cuma Merak Jalanan masih terfikir berapa banyak nasi yang nak diletak kan dalam pinggan.