Jangan curi, REE bukan seperti emas - Sanusi

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menasihatkan orang ramai agar tidak mencuri unsur nadir bumi (REE) di negeri ini berikutan mineral tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Beliau berkata, proses untuk mengekstrak mineral berkenaan sangat rumit dan bukan seperti emas atau bijih timah yang mudah diproses.

Menurutnya, hanya syarikat yang memiliki kepakaran teknologi dalam mengekstrak REE boleh menghasilkan mineral tersebut untuk dipasarkan.

“REE merupakan mineral yang rumit untuk diproses, bukan macam bijih timah yang bila diayak boleh nampak bijih. Kalau emas pula bila didulang nampak emas.