SAP bakal jadi hub aeroangkasa Asia Tenggara

Menteri Besar (dua kanan) ketika melawat dan melihat Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Skypark Regional Aviation Centre pada 7 September lalu.
Menteri Besar (dua kanan) ketika melawat dan melihat Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Skypark Regional Aviation Centre pada 7 September lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan melaksanakan Pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) bagi menjadi hub aeroangkasa global khususnya di rantau Asia Tenggara.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan taman seluas 2,000 ekar di Sepang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan industri kejuruteraan aeroangkasa.

"Salah satu cita-cita Selangor adalah menerajui industri aeroangkasa yang distrategikan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor.

"Alhamdulillah aspirasi ini turut mendapat tempat dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030)," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Amirudin berkata, industri aeroangkasa mampu untuk menjadi salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negara selain mencipta peluang kerja berkualiti.

Malah Menteri Besar turut percaya hampir 70 peratus industri penerbangan di Malaysia akan bertapak di Selangor menjelang 2030.

Artikel Berkaitan: