Lebih RM600,000 zakat staf UUM dikembalikan, manfaatkan asnaf

Fadzil ( tengah) menyempurnakan penyerahan wakalah agihan zakat kepada Mohd Foad (kiri) disaksikan Zakaria (kanan).
Fadzil ( tengah) menyempurnakan penyerahan wakalah agihan zakat kepada Mohd Foad (kiri) disaksikan Zakaria (kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - Sejumlah RM677,456.70 bayaran zakat staf Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dikembalikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bakal memanfaatkan asnaf yang layak.

Penyerahan wakalah agihan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang kepada Naib Canselor, Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman.

Mohd Foad merakamkan ucapan terima kasih kepada LZNK atas pengembalian zakat itu, dan juga kepada semua staf UUM yang telah membuat potongan gaji zakat staf.

Katanya, wakalah agihan zakat tersebut kelak akan diagihkan atau dikembalikan kepada asnaf khususnya staf dan pelajar yang berkelayakan.