Rasuah bukan lambang penyatuan bangsa

Acara penutupan #SaySomethingNice yang diadakan di PJ Live Arts pada Sabtu. Gambar kecil: Anas Zubedy
Acara penutupan #SaySomethingNice yang diadakan di PJ Live Arts pada Sabtu. Gambar kecil: Anas Zubedy
A
A
A

PETALING JAYA - Rasuah bukan lambang penyatuan bangsa, sebaliknya ia perbuatan yang boleh menggugat kestabilan negara dan mewujudkan persengketaan kaum sehingga memecahbelahkan perpaduan.

Pengarah urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy berkata, rakyat perlu menyokong agenda antirasuah bagi memperkukuh hubungan kaum di negara ini.

Beliau yang juga antara Rakan Pasukan Teras Rasuah Busters mengulas, rakyat perlu menjadikan perbuatan tersebut sebagai budaya 'minoriti' dan bukan amalan dalam kehidupan.

"Budaya rasuah boleh menggugat integriti negara dan kita tidak boleh meneruskan perbuatan ini daripada terus berlaku.

Aktiviti menyambungkan Reben Perpaduan dalam majlis penutupan #SaySomethingNice.
Aktiviti menyambungkan Reben Perpaduan dalam majlis penutupan #SaySomethingNice.



"Rakyat perlu menolak rasuah agar dapat bersama-sama membina negara yang lebih sejahtera.

"Antirasuah adalah lambang penyatuan kaum dan perpaduan di negara ini," katanya kepada Sinar Harian ketika Majlis penutupan kempen #SaySomethingNice yang berlangsung di PJ Live Arts pada Sabtu.

Turut hadir Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan.

Artikel Berkaitan:

Pada 29 Ogos lalu, kempen tersebut diwujudkan sebagai salah satu cara untuk memupuk masyarakat agar berpada-pada dalam memberi pandangan atau berbicara bagi memperkukuhkan lagi semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kempen bertemakan 'berpada-pada dan maju ke hadapan' yang akan bermula pada 31 Ogos sehingga 16 September ini bersempena bulan kemerdekaan akan diteruskan dengan sambutan Hari Malaysia itu menjadi permulaan kepada usaha 'sedekahkan kata-kata manis'.

Mengulas lanjut, Anas berkata, usaha membanteras rasuah semakin progresif daripada pelbagai pihak.

Ujarnya, dengan kerjasama orang ramai perbuatan tersebut boleh dibendung daripada peringkat akar umbi sekali gus membina perpaduan kaum yang lebih kukuh.

"Semua rakyat di negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan etnik tidak mahu lagi rasuah menjadi sebahagian dalam budaya kita.

"Kita perlu bersatu melawan budaya ini daripada terus menular dalam jiwa masyarakat," katanya.