Ahmad Zahid kembali kemudi KDN, Saifuddin ke KPDN?

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan kian bertiup kencang apabila Ahmad Zahid (kanan) dikatakan akan mengambil alih Menteri KDN daripada Saifuddin (kiri), manakala Saifuddin dijangka mengisi kekosongan jawatan Menteri KPDN.

A
A
A

SETELAH dua bulan pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, teka-teki mengenai siapa bakal calon pengganti beliau masih belum terjawab.

Melewati tempoh pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri serta dua pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memberikan bayangan jelas bila kekosongan jawatan ditinggalkan Salahuddin itu bakal terisi.

Yang ada hanyalah respons Anwar kepada wartawan dengan menyatakan pihaknya masih terbuka menerima cadangan nama calon bersesuaian untuk dipertimbangkan menjadi Menteri KPDN baharu dalam masa terdekat.

Baca analisis penuh diSinar Premium.

Artikel Berkaitan: