PRK: SPR saran bakal calon isi borang, buat semakan awal

Semua bakal calon bagi PRK DUN Pelangai disarankan agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum hari penamaan calon pada Sabtu ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ikmalrudin)

A
A
A

BENTONG - Semua bakal calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai disarankan agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka juga disarankan supaya membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran perlu dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

"Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan bermula 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada 23 September.