RM100 juta khusus untuk perusahaan mikro

Ewon bergambar bersama para usahawan mikro pada majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani di sini hari ini. - Foto Bernama
Ewon bergambar bersama para usahawan mikro pada majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak RM100 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corporation Malaysia untuk memperkukuhkan perusahaan mikro menerusi Program Mikro Madani.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, program tersebut menyediakan bantuan kewangan sehingga RM200,000 yang bakal memanfaatkan 20,700 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Bantuan ini disediakan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status PMKS melalui lima inisiatif utama," menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Program Mikro Madani di sini pada Rabu.

Menurutnya, lima inisiatif utama itu adalah Geran Perniagaan Mikro (GPM), Pembiayaan Perniagaan Mikro (MBF), Geran Perniagaan Belia Mikro @ Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak dan Baucar Status PMKS.

"Inisiatif baucar pendaftaran status PMKS ini adalah amat tepat pada masanya bagi memastikan hanya PMKS yang memenuhi definisi nasional yang ditetapkan sahaja layak menikmati manfaat ke atas program dan kemudahan bersasar yang disediakan oleh kerajaan," jelas Ewon.

Ewon berucap pada majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani bagi membantu 20,700 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara hari ini. - Foto Bernama
Ewon berucap pada majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani bagi membantu 20,700 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara hari ini. - Foto Bernama

Beliau berkata, ia adalah sejajar dengan keputusan Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) pada Mac lalu supaya pendaftaran status PMKS menjadi syarat utama bagi permohonan bantuan pinjaman atau geran dengan nilai ambang tertentu bagi PMKS di bawah seliaan kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan serta negeri.

Ujarnya, bantuan dalam bentuk geran padanan sehingga 70 peratus kos projek bertujuan membantu perusahaan mikro meningkatkan keupayaan dan kapasiti mereka.

Artikel Berkaitan:

"Antara lain adalah melalui perolehan mesin dan peralatan, penambahbaikan pembungkusan produk, penerapan informasi, teknologi dan maklumat (ICT) & eDagang, sewaan premis perniagaan dan pelaksanaan aktiviti promosi untuk meningkatkan jualan dan penjenamaan," katanya.

Jelas beliau, permohonan Program Mikro Madani mula dibuka kepada semua perusahaan mikro di seluruh negara pada Rabu menerusi pautan http://smecorp.gov.my/MIKROMADANI.

"Ia terbuka kepada semua perusahaan mikro kecuali pertanian dan peladangan asas, insurance dan hartanah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corp, Rizal Nainy berkata, beberapa siri jerayawara Program Mikro Madani juga akan dilaksanakan bagi mempromosikan program tersebut.

Ewon menyampaikan sijil akuan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kepada Pengurus Aleaavenda Empire Nur Aisyah Alea Hazli (empat, kiri) selepas majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani hari ini. - Foto Bernama
Ewon menyampaikan sijil akuan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kepada Pengurus Aleaavenda Empire Nur Aisyah Alea Hazli (empat, kiri) selepas majlis pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani hari ini. - Foto Bernama

Ia bermula di Kuantan, Pahang pada 22 September, diikuti dengan Kuching, Sarawak (1 Oktober), Johor Bahru, Johor (10 Oktober), Alor Setar, Kedah (12 Oktober) dan seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah (17 Oktober).

Terdahulu, Ewon menyampaikan Slsijil tamat latihan dan replika cek Geran Permulaan Perniagaan sehingga RM30,000 setiap seorang, kepada 16 peserta TUBE.

Hadir sama dalam majlis itu Timbalan Menteri, K Saraswathy; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Suriani Ahmad; Pengerusi SME Corp Malaysia dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!