Koperasi sekolah di Perak miliki aset bernilai RM40.91 juta

IPOH - Koperasi sekolah di Perak memiliki aset bernilai RM40.91 juta dengan jumlah syer terkumpul sebanyak RM2.78 juta melibatkan 258 buah koperasi.
Dengan jumlah keanggotaan seramai 136,917 orang, jumlah perolehan keseluruhan yang dicatatkan koperasi sekolah di negeri Perak pada tahun 2022 sebanyak RM26.54 juta.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed berkata, pendedahan mengenai koperasi perlu melibatkan lebih banyak sekolah di negeri ini.
Menurutnya, asas-asas keusahawanan perlu diberikan pendedahan melalui penglibatan pelajar dengan koperasi.