Peguam Negara jadi 'perisai' bila gugur kes rasuah - Syed Saddiq

Tangkap layar hantaran Syed Saddiq menerusi aplikasi X miliknya.
Tangkap layar hantaran Syed Saddiq menerusi aplikasi X miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan kebimbangan terhadap kerajaan pada masa akan datang apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan precedent (duluan) berhubung kes rasuah timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang digugurkan di mahkamah.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Selasa, beliau berkata, Peguam Negara akan dijadikan 'perisai' utama selepas ini apabila ada kes rasuah digugurkan satu per satu.

“Precedent (duluan) yang jelas. Selepas ini apabila kes rasuah digugurkan satu per satu, Peguam Negara-Lantikan PM akan dijadikan perisai utama.

“Kebimbangan saya ialah kerajaan masa depan akan menggunakan duluan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau dia (Anwar) boleh buat, bakal PM pun boleh. Masa akan menentukan,” katanya.

Media melaporkan, Anwar sebaliknya menegaskan tidak campur tangan berhubung kes keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

“Tidak ada sebarang perjumpaan yang dilakukan melibatkan beliau dengan Tan Sri Idrus Harun, sebaliknya hanya meminta Peguam Negara ketika itu memberikan penjelasan berhubung keputusan yang diambil,” jelas Anwar.

Artikel Berkaitan: