'Kalau nak saya kosongkan kerusi, cermin diri dulu' - Syed Saddiq

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun menerima tekanan susulan tindakannya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, tegas Syed Saddiq, pihak yang memberi tekanan itu perlu 'cermin diri' dahulu sebelum berkata demikian.

"Kalau nak saya kosongkan kerusi (Parlimen), cermin diri sendiri dahulu.

"Mereka yang menjanjikan kepada rakyat dan dipilih oleh rakyat mendapat mandat oleh rakyat berdasarkan platform integriti, melawan rasuah, tidak boleh gugurkan kes. Sebab itu mereka dipilih.

"Kalau mereka berani, pergi balik kepada rakyat, adakah mereka akan dipilih?

"Kalau sebelum PRU mereka janjikan 'menang kita gugurkan kes', mereka akan dipilih atau tidak?" katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.

Syed Saddiq dalam pada itu turut memberi respons berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa kerajaan ketika ini adalah kerajaan 'walk the talk'.

Sebaliknya, dakwa Syed Saddiq, kerajaan ketika ini tidak mengotakan janji kepada rakyat dan Ahli Parlimen pembangkang.

Artikel Berkaitan:

"Saya dengar kerajaan ini kerajaan 'walk the talk', terbukti kerajaan ini 'NATO, No Action Talk Only'... kata nak isytihar harta, dah lapan bulan tidak isytihar lagi.

"Nak berikan peruntukan yang adil, selepas beberapa bulan kosong ringgit.

"Kata nak lawan rasuah, tak nak gugurkan kes, masih berulang lagi, masih gugurkan juga," katanya lagi. - Awani