JAIS kecam gerakan galak wanita buka tudung

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan Haris (kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan Haris (kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengecam tindakan radikal mempromosikan pelanggaran ijma’ ulama iaitu menggalakkan golongan wanita 'dehijabbing' (buka tudung).

Pengarahnya, Haris Kasim berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Fahaman seperti ini juga dilihat semakin menonjol dan amat berani memperjuangkan hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terang-terangan menuntut hak kebebasan mutlak serta memandang enteng hukum syariat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, JAIS akan bertindak dalam mengawal penularan ajaran yang terang-terangan menyeleweng teras agama.

"Usaha ini dilakukan melalui pemantauan dan siasatan terhadap ajaran yang dikenalpasti," katanya.

Haris berkata, selain itu, JAIS juga mendapati terdapat sebilangan pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran-ajaran yang telah dikenalpasti dan difatwakan sebagai bertentangan dengan kesucian pegangan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"JAIS giat melakukan program kesedaran mengenai bahayanya ajaran-ajaran sesat yang boleh mengancam kesejahteraan umat Islam.

Artikel Berkaitan:

"Antara ajaran bertentangan akidah, syariah dan akhlak seperti Al-Arqam, Ilmu Tarikat Hasan Joned, ajaran Hj Ghazali Othman dan sebagainya," katanya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan Haris (kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini.