Kes IPIC Najib: UMNO Pekan lapor polis

Mohammad Fakhruddin (tengah) membuat laporan polis di IPD Pekan pada Sabtu.
Mohammad Fakhruddin (tengah) membuat laporan polis di IPD Pekan pada Sabtu.
A
A
A

PEKAN - UMNO Pekan membuat satu laporan bagi menuntut siasatan pihak berkuasa terhadap kebocoran dokumen didakwa 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada Sabtu bagi mewakili kepimpinan sayap dah ahli-ahli parti itu.

Mohammad Fakhruddin berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 167 Kanun Keseksaan yang berkaitan penyediaan dokumen yang salah iaitu tuduhan dan izin mendakwa oleh Peguam Negara dengan niat jenayah menyebabkan ‘kecederaan’ terhadap Najib.

Beliau percaya bahawa terdapat kesalahan lain dalam Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh disiasat oleh polis berdasarkan fakta-fakta.

”Laporan polis berkenaan kesahihan dokumen didakwa memo dalaman Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 Oktober 2019 oleh Datuk Jamil Bin Aripin, pendakwa utama kes ‘IPIC’ (International Petroleum Investment Company) melibatkan tuduhan terhadap Najib yang sedang dihadapkan ke mahkamah tinggi bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

”Memo tersebut dialamatkan kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas di mana beliau memberitahunya bahawa tuduhan terhadap Datuk Seri Najib adalah tidak berasas dan seharusnya dibatalkan. Pandangan ini dikongsi oleh seluruh pasukan pendakwaan IPIC,” katanya pada Isnin.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar mendakwa, memo tersebut menunjukkan tuduhan terhadap Najib dibuat sebelum sebarang siasatan sewajarnya dijalankan.

Beliau berkata, meskipun siasatan dijalankan selepas tuduhan dilakukan ke mahkamah, tiada seorang daripada 138 saksi yang ditemubual menyokong tuduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

”Berdasarkan penemuan ini, saya percaya Peguam Negara dan ahli-ahli kerajaan pada masa itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengemukakan tuduhan tanpa sebarang asas undang-undang.

”Timbalan Pendakwaraya, Muhamad Saifuddin Hashim Musaimi dilaporkan oleh media hanya menjawab ’tiada komen’ apabila diajukan soalan berkaitan memo dalaman ini oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin semasa prosiding sebutan kes ini di mahkamah pada hari 15 September 2023 lalu,” katanya.