Signal awal Kelantan lebih maju - Zamakhshari

Zamakhshari (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil agensi yang menyertai Program Semarak Kemerdekaan 2023: STEM@ Merdeka di Perpustakaan Awam Kelantan pada Rabu.
Zamakhshari (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil agensi yang menyertai Program Semarak Kemerdekaan 2023: STEM@ Merdeka di Perpustakaan Awam Kelantan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemilihan wakil rakyat yang menggabungkan ulama dan teknokrat dalam bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan signal awal pimpinan negeri ke arah Kelantan lebih maju.

Exco Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad berkata, bidang membabitkan antara faktor penting yang meningkatkan kemajuan negeri.

"Justeru, barisan pimpinan ini merancang strategi pembangunan yang menyeluruh bukan hanya terikat dengan indeks kemajuan material semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Semarak Kemerdekaan 2023: STEM@ Merdeka di Perpustakaan Awam Kelantan pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Mohd Shamsul Baharin Isa.

Zamakhshari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra memberitahu, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum ini sudah menjalin kerjasama dengan National STEM Association Malaysia (NSA) bagi menyemarakkan aktiviti STEM di Kelantan.

Tambah beliau, kerajaan juga berhasrat meluaskan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institut kemahiran untuk memenuhi pembangunan negeri.

"Jaringan kerjasama ini juga mampu memberi peluang yang lebih baik kepada pelajar untuk berjaya dan memilih karier mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: