Kerjasama dengan Muda dihentikan serta-merta - Jimmy Puah

Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebarang bentuk bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di kawasan Parlimen Tebrau akan ditamatkan serta-merta.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata keputusan dibuat selepas Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Susulan tindakan itu, Pakatan Harapan (PH) Johor melalui Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri (DUN), Andrew Chen Kah Eng telah putuskan untuk tidak lagi bersama Muda di dalam blok pengimbang PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Amirah Aisya dipindah ke blok PN - Speaker DUN Johor

Jelasnya yang merupakan ADUN Puteri Wangsa, sebagai wakil Muda di Johor beliau tidak lagi akan berkongsi blok yang sama dengan PH atau BN.

"Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, maka saya selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut membuat keputusan menamatkan sebarang bekerjasama dengan ADUN Puteri Wangsa di Tebrau dan dalam masa terdekat akan menyusun gerak kerja penyelarasan di DUN Puteri Wangsa.

"Hakikatnya Muda wujud atau tidak, ada atau tiada di Malaysia, di Johor dan di Tebrau tidak memberi apa-apa makna kerana tiada beri nilai tambah kepada PH sebaliknya banyak menyusahkan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bertujuan menyerang kepimpinan Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, menggesa Muda cermin diri kerana tanpa bantuan jentera, penyokong dan pengundi PH, mereka tidak akan sesekali berpeluang memenangi kerusi Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa.

Artikel Berkaitan:

"PRN di enam negeri membuktikan perkara ini apabila mereka hilang deposit di semua kerusi di mana mereka sanggup bertanding lawan PH di 19 kerusi.

"Tidak melampau untuk saya ibaratkan Muda seperti kacang lupakan kulit," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan