Kerajaan perlu mudahkan himpunan Pemuda PN - Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memudahkan proses Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan pada hari ini juga tidak akan terjejas walaupun himpunan aman itu disertai 10,000 orang.

“Saya ingin memohon (jika) dahulu menjunjung prinsip boleh berhimpun secara aman, Sabtu ini anak muda minta nak berhimpun. Jadi (minta) pihak kerajaan permudahkan. Tak ramai yang nak berhimpun, kalau datang 10,000 orang, masih belum cukup untuk menggoncang kerajaan.

“Kami ahli Parlimen telah membuat undang-undang, tidak akan konfrontasi dengan polis, penguatkuasa, tetapi minta kerajaan permudahkan urusan berhimpun.